• iPad Mini dan iPad generasi ke 4


    Awal pagi tadi, Apple telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu iPad Mini yang memiliki saiz skrin yang lebih kecil sedikit berbanding iPad yang biasa. Dengan skrin berukuran 7.9 inci, ia boleh digenggam dengan sebelah tangan sahaja. Seperti iPad yang biasa, iPad Mini boleh dimiliki dalam dua warna yang berbeza iaitu hitam dan putih. Anda juga boleh memilih sama ada untuk membeli dengan sokongan 3G+WiFi ataupun WiFi sahaja. Buat masa ini, tablet ini tidak boleh membuat sebarang panggilan melalui GSM ataupun menghantar SMS. iPad Mini menggunakan cip pemprosesan A5 dengan kamera 5 megapixel di bahagian belakang. Baterinya dikatakan mampu bertahan selama 10 jam di samping dilengkapi dengan sokongan kabel terbaru Apple iaitu Lightning. Faktor yang mungkin menarik minat pengguna adalah ketebalannya yang agak nipis iaitu 7.2mm sahaja. Ia juga lebih ringan berbanding iPad yang biasa dengan keberatan 312g sahaja. Ia akan dijual dengan harga serendah $329 bersamaan dengan RM1099.


    Semalam Apple juga mengejutkan ramai pihak apabila mereka mengumumkan iPad terbaru bagi menggantikan iPad 3 yang terdahulu. Ia amat memeranjatkan kerana iPad 3 masih belum berusia 1 tahun lagi setelah ia dipasarkan ke pengguna. Menggunakan tema iPad dengan paparan retina, ia mampu menghasilkan paparan gambar yang lebih tajam dan jelas berbanding iPad sebelum ini. Ia juga menggunakan cip pemprosesan A6X bagi memberikan kelajuan CPU dan grafik yang lebih mantap. Walaupun dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih tinggi, iPad 4 dikatakan boleh bertahan selama 10 jam. Sayang sekali ia masih menggunakan 5 megapixel untuk kamera di bahagian belakang. Ia akan dijual pada harga $499 bersamaan dengan RM1599.

    Walaupun tidak banyak yang berubah untuk produk daripada Apple ini, mereka masih mengekalkan status iOS sebagai sistem operasi mudah alih yang memiliki paling banyak aplikasi buat masa ini. Terdapat lebih daripada 275,000 aplikasi rasmi yang boleh dimuat turun ke dalam iPad Mini dan iPad 4. Perkara ini sudah semestinya akan menjadi faktor utama dalam proses pemilihan produk oleh pengguna di luar sana.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain