• Jailbreak untuk iOS 6 kini kelihatan

    Nampaknya tidak sempat iPhone 5 sampai ke Malaysia, iOS6 telah pun berjaya di Jailbreak oleh para penggodam. Walau bagaimanapun Jailbreak untuk iOS6 masih diperingkat tethered (terikat). Bagi yang tidak mengetahui apakah makna Jailbreak versi tethered, ia bermakna setiap kali anda mahu membuat reboot ke atas peranti iOS6, anda perlu menyambungkan ia kepada komputer supaya ia boleh dibuka dengan sokongan aplikasi Jailbreak yang sedia ada. Ia sebenarnya agak melecehkan sekiranya anda jarang menyambungkan peranti Apple anda ke komputer. Perlu diingatkan bahawa Jailbreak untuk iOS6 ini boleh dibuat ke atas iPhone 4, 3GS, 3G, dan iPod Touch 4G sahaja. Jika anda berminat untuk melakukan Jailbreak tethered ke atas peranti-peranti berkenaan, anda boleh mencubanya dengan mengikuti langkah yang ada di sini. Dijangkakan Jailbreak versi untethered (boleh reboot bila-bila masa tanpa komputer) akan muncul dalam masa terdekat. 

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain