• Jolla bakal memperkenalkan peranti terbaru MeeGo November ini


    Nampaknya peminat setia sistem operasi MeeGo bakal bergembira pada bulan hadapan kerana Jolla, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar terbaru akan memperkenalkan peranti pertama mereka pada bulan November ini. Walau bagaimanapun sistem operasi MeeGo dikatakan akan diubah nama kepada Sailfish sebagai salah satu cara untuk penjenamaan semula sistem operasi tersebut. Buat mereka yang tidak tahu, Jolla merupakan sebuah syarikat yang dibina oleh bekas-bekas pekerja Nokia yang dahulunya bertanggung jawab membina sistem operasi MeeGo pada Nokia N9. Selepas pengumuman pengunduran MeeGo oleh Stephen Elop, CEO Nokia, bekas-bekas pekerja Nokia ini telah bertekad untuk terus mengusahakan sistem operasi yang amat unik ini untuk lebih ke hadapan. Ada kemungkinan juga telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Sailfish ini bakal berupaya menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam Android dengan penggunaan teknologi Open ACL.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain