• Jualan iPhone 5 tidak rasmi di Malaysia


    Bagi mereka yang tidak sabar-sabar menanti kehadiran iPhone 5 secara rasmi di Malaysia pada penghujung bulan ini, anda mungkin berminat untuk membeli telefon pintar kegemaran ramai ini di kedai-kedai yang menjual telefon ini secara tidak rasmi. Namun perlu diingatkan bahawa harganya buat masa ini agak mahal berbanding harganya di pasaran kelak. Kebanyakkan set iPhone 5 yang dijual diperoleh daripada negara jiran kita iaitu Singapura.

    Salah satu penjual yang telah mula menjual iPhone 5 adalah flme_burstz (penjual di Forum Lowyat). Ia dijual pada harga RM3,300 untuk set 16GB hitam. Menariknya mereka juga ada menyediakan perkhidmatan pembelian secara online melalui Trendzone. Semua pembayaran boleh dibuat secara tunai mahupun kad kredit. Setiap pembelian akan menerima set asal iPhone 5 yang belum dibuka di samping jaminan (warranty) selama 1 tahun. Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web mereka di Trendzone dan Forum Lowyat.

    Satu lagi kedai yang menawarkan iPhone 5 adalah Gadgets Factory Resources. Mereka menjual telefon pintar ini pada harga RM3,599. Kedai GOS yang terletak di Millennium Square, Petaling Jaya juga menawarkan khidmat pembelian semula (trade in) ke atas telefon pintar yang lama. Walaupun harga jualan iPhone 5 mereka agak tinggi berbanding Trendzone, namun anda masih lagi boleh melakukan proses tawar-menawar bergantung pada telefon pintar yang anda ingin trade in. Malah mereka juga boleh membuat penghantaran pada hari yang sama dengan caj tambahan minima sebanyak RM15. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka melalui Whatsapp (019 737 6666)

    Sumber gambar : http://www.tcnext.com
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain