• Kemaskini aplikasi Air Asia untuk iOS dan Android


    Air Asia sememangnya sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan mereka. Kini, mereka telah mengemaskini aplikasi rasmi mereka di dalam iOS dan Android dengan membawakan antara muka yang lebih kemas dan cantik. Dengan aplikasi Air Asia ini, anda boleh membuat tempahan tiket serta mendaftar masuk dengan lebih awal dan mudah. Anda boleh memilih waktu penerbangan yang menawarkan harga terendah hanya dengan menggunakan telefon pintar anda. Konsep asalnya hampir menyamai sistem yang terdapat di dalam versi komputer. Malah ia dilengkapi dengan sistem kod bar yang membolehkan anda mendaftar masuk dengan lebih pantas tanpa perlu beratur atau mencetak pas penerbangan. Sayangnya buat masa ini Air Asia masih lagi belum membina sebarang aplikasi untuk pengguna Windows Phone dan Blackberry. Namun anda masih boleh menggunakan Air Asia versi mobile web.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain