• Nokia Lumia 510 bakal menjadi telefon Windows Phone termurah


    Beberapa gambar dan video Nokia Lumia 510 telah mula kelihatan di Internet baru-baru ini bagi membuktikan Nokia sedang mengusahakan sebuah telefon pintar Windows Phone yang mampu dimiliki semua pengguna. Dari pada pandangan kasar, Lumia 510 ini kelihatan hampir menyerupai Lumia 710. Ia mempunyai spesifikasi yang lebih rendah iaitu RAM sebesar 256MB sahaja manakala saiz skrinnya berukuran 4 inci. Walaupun ia tidak menggunakan Windows Phone 8, ia tetap akan menerima kemaskini sehinga Windows Phone 7.8. Dengan kapisiti storan dalaman sebesar 4GB, telefon ini dijangka akan dijual pada harga RM459 ($150) sahaja. Sememangnya agak murah dan boleh dikategorikan dalam golongan telefon pintar Asha ataupun Lumia 610.


    Sumber informasi : GSMArena, MyNokiaBlog dan Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain