• Nokia Lumia 510 diperkenalkan secara rasmi


    Nokia Lumia 510 telah pun diperkenalkan secara rasmi oleh Nokia sebagai telefon bajet rendah yang mampu dimiliki oleh semua pengguna. Berdasarkan informasi yang diambil daripada Engadget, Lumia 510 bakal dipasarkan di India pada bulan hadapan dengan harga serendah $199 bersamaan dengan RM610. Telefon pintar ini masih lagi menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.5 Mango dengan spesifikasi yang hampir menyerupai Lumia 610. Ia menggunakan cip pemprosesan 800 MHz Qualcomm dengan 256 MB RAM sahaja. Malah kapasiti storan dalamannya hanyalah 4GB sahaja dan anda tidak boleh memasukkan kad microSD ke dalamnya. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh menggunakan storan awan seperti SkyDrive yang berkapasiti 7GB untuk menyimpan gambar dan video anda.

    Saiz skrinnya yang sebesar 4 inci mungkin akan menarik minat mereka yang sukakan telefon pintar yang sederhana. Lumia 510 turut dilengkapi dengan kamera 5 megapixel dengan fungsi asas yang terdapat dalam Windows Phone. Anda tidak perlu risau kerana Nokia sudah berjanji bahawa telefon pintar ini akan menerima kemaskini terbaru Windows Phone 7.8 bersama-sama peranti Lumia yang lain.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain