• Projek rahsia Nokia - Lumia 810 dan 822


    Dalam diam rupa-rupanya Nokia telah membangunkan satu lagi telefon pintar dalam keluarga Windows Phone mereka untuk dipasarkan bulan depan. Nokia Lumia 810 telah diumumkan oleh T-Mobile Amerika Syarikat semalam. Rekaannya kelihatan lebih ringkas dan tampak lebih elegen. Hampir menyerupai Nokia Lumia 820, telefon pintar ini juga boleh diubah pelindung di belakangnya mengikut warna citarasa anda. Malah anda boleh meletakkan pelindung dengan teknologi pengecas tanpa wayar sama seperti model Lumia WP8 yang lain. 

    Lumia 810 yang bersaiz 4.3 inci ini akan menggunakan teknologi skrin ClearBlack dengan kamera Carl Ziess 8 megapixel di bahagian belakang. Menariknya, ia juga akan mempunyai kamera di bahagian hadapan untuk panggilan video Skype. Hampir semua fungsi asas yang ada pada Nokia Lumia 820 akan dibawa ke Lumia 810. Ini bermakna aplikasi seperti Nokia Drive, Nokia Maps, Nokia Music dan banyak lagi akan boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar ini.


    Seperti biasa tiada lagi informasi berkenaan tarikh jualan dan harga yang diumumkan. Namun, dianggarkan Nokia Lumia 810 akan dijual seawal bulan November ini. Masih tiada lagi berita sama ada Nokia akan membawa masuk telefon pintar ini ke Malaysia ataupun tidak.

    Kemaskini : Sebuah lagi telefon pintar daripada Nokia juga kelihatan semalam yang diberi nama Nokia Lumia 822. Ini sememangnya amat mengejutkan kerana tiada siapa yang menyangka Nokia akan memperkenalkan ahli keluarga terbaru Lumia secara tiba-tiba. Menurut maklumat yang diberikan, Nokia Lumia 822 akan dijual hanya untuk pengguna Verizon di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Buat masa ini, informasi berkenaan spesifikasi telefon pintar ini masih menjadi tanda tanya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain