• Samsung Galaxy Note 2 bakal dilancarkan di Malaysia minggu depan


    Peminat Phablet (telefon pintar + tablet) tempatan akan menjadi teruja pada minggu depan kerana Samsung Malaysia dikhabarkan akan melancarkan Galaxy Note 2 tidak lama lagi. Samsung Mobile Malaysia telah membuat sedikit teaser di laman Facebook rasmi mereka dengan mengatakan sesuatu yang besar akan muncul pada minggu depan. Mereka juga meletakkan sebahagian gambar peranti yang akan dilancarkan. Sememang sudah jelas kelihatan ia adalah Samsung Galaxy Note 2.

    Laman blog teknologi tempatan yang popular iaitu SoyaCincau, membuat jangkaan awal bahawa peranti Phablet ini akan dijual bermula pada harga RM2299. Malah syarikat telekomunikasi di Malaysia telah mula menurunkan harga Galaxy S3 kepada RM1999. Sekiranya anda pengguna Samsung Galaxy Note versi pertama, berita ini sememangnya akan membuatkan anda teruja untuk menaik taraf peranti anda.

    Kemaskini : Galaxy Note 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Oktober dan dijangka akan mula dijual seminggu kemudian. Terdapat juga beberapa kedai Online yang mula menjual Galaxy Note 2 dengan harga RM2,030 dan RM2,149.

    Sumber informasi : SoyaCincau
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain