• Samsung Galaxy S3 Mini - Pilihan untuk pengguna bajet rendah

    Samsung Galaxy S3 Mini bakal dilancarkan pada hari esok namun gambaran awal telefon pintar ini sudah pun mula kelihatan di Internet. Walaupun spesifikasinya masih tidak rasmi, namun pandangan awal menunjukkan telefon pintar ini bakal memiliki saiz sebesar 4 inci. Mungkin namanya tidak patut digelar sebagai mini kerana saiznya agak besar. Galaxy S3 Mini ini akan menggunakan teknologi Super AMOLED dengan cip pemprosesan dwi teras 1GHZ dengan 1GB RAM.

    Ia akan dilancarkan bersama-sama dengan Android 4.1 Jelly Bean dengan perisian TouchWiz yang sememangnya sinonim di kalangan pengguna Samsung. Kamera utamanya akan menggunakan unit 5 megapixel bersama-sama flash LED. Dari segi ukuran, ia mungkin setebal 9.9 mm dengan ketingga 121.6 mm dan 63 mm lebar. Tiada sebarang informasi mengenai keberatan peranti ini, namun dijangka ia akan lebih ringan kerana menggunakan binaan plastik. Samsung Galaxy S3 Mini akan memiliki bateri berkapaisti 1,500 mAh dan harganya akan diumumkan pada hari esok. Jangkaan awal mengatakan ia akan dijual dengan harga lebih murah daripada Samsung Galaxy S3.

    Kemaskini : Telefon pintar ini telah pun diperkenalkan secara rasmi pada pagi tadi dengan spesifikasi yang sama seperti dikhabarkan oleh pihak media di Internet sebelum ini. Ia memiliki dua versi berlainan iaitu 8GB dan 16GB untuk storan dalaman. Dari segi harga, ia akan mula dijual di Eropah pada harga £298 (RM1,500). Pengguna Malaysia dijangka akan boleh mendapatkan telefon pintar ini sebelum penghujung tahun ini.

    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain