• Teknologi skrin HD-LCD daripada Sharp


    Sharp yang juga merupakan rakan kerjasama Apple untuk skrin iPhone 5, telah memperkenalkan teknologi terbaru skrin LCD yang diberi nama HD-LCD. Menurut mereka, ia bakal memiliki resolusi 1080 x 1920 dengan densiti pixel sebesar 443 ppi. Ini bermakna ia lebih tajam dan jelas berbanding dengan mana-mana skrin LCD yang sedia ada pada masa kini. Buat masa ini, densiti pixel terbesar dimiliki oleh Nokia Lumia 920. Produksi LCD ini telah pun bermula pada akhir September yang lalu di Kameyama, Jepun. Dijangkakan teknologi skrin HD-LCD ini akan digunakan untuk telefon pintar terbaru di masa akan datang. Menurut Sharp juga, skrin ini akan menghasilkan tulisan yang lebih tajam, peta yang lebih jelas serta gambar yang lebih realisitik. Mungkinkah teknologi skrin akan diguna pakai untuk iPhone 5S pada tahun hadapan?

    Sumber informasi : CNET Mobile
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain