• Windows Phone 8 akan diperkenalkan secara rasmi pada 29 Oktober


    Mircosoft telah mula menghantar jemputan kepada para media untuk majlis rasmi pelancaran Windows Phone 8 yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012 di San Francisco. Malah, kita juga telah tahu bahawa Nokia dan HTC akan mula menjual telefon pintar Windows Phone 8 mereka seawal bulan November ini. Terdapat kemungkinan juga Nokia dan HTC akan mengumumkan tarikh sebenar penjualan telefon pintar Windows Phone 8 mereka pada 29 Oktober ini. Sudah semestinya majlis ini akan mengembirakan ramai pihak terutamanya mereka yang di dalam dilema sama ada untuk memiliki sebuah iPhone ataupun Windows Phone. Buat masa ini tidak terdapat sebarang informasi sama ada Microsoft akan membuat liputan secara langsung melalui Internet video seperti mana yang dilakukan oleh Nokia sebelum ini. Anda boleh terus mengikuti perkembangan terkini berkenaan sistem operasi Metro ini di Drexar21 dari masa ke semasa.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain