• 5 Juta Samsung Galaxy Note 2 dijual dalam masa 2 bulan


    Samsung telah mengumumkan jualan sebanyak 5,000,000 unit Samsung Galaxy Note 2 dalam tempoh 2 bulan sahaja. Angka ini amat mengejutkan kerana beberapa minggu sebelum ini mereka baru sahaja ia telah dijual sebanyak 3,000,000 unit. Dijangkakan telefon pintar ini akan menjadi rebutan lebih ramai lagi menjelang musim cuti hujung tahun yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Samsung Galaxy Note 2 telah dijual di lebih daripada 128 buah negara. Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Note versi pertama memerlukan 5 bulan untuk mendapatkan angka yang sama. Manakala Samsung Galaxy S3, telah berjaya dijual sebanyak 30 juta unit dalam masa 6 bulan sahaja. Angka-angka jualan ini sememangnya telah mengukuhkan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbanyak di dunia.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain