• Angry Bird Star Wars - Lastik dengan laser


    Permainan yang dinanti-nantikan semua peminat Star Wars kini telah pun diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna iOS, Android dan juga Windows Phone. Mengambil konsep daripada Angry Bird Space, versi terbaru Angry Bird kali ini kelihatan lebih menarik dengan adanya jalan cerita yang menyerupai cerita Star Wars yang asal. Malah watak-watak asal yang terdapat di dalam filem ini juga telah dikekalkan dalam bentuk burung-burung Angry Birds. Light Saber juga memainkan peranan di dalam Angry Bird Star Wars. Berikut adalah watak-watak yang terdapat di dalam permainan terbaru ini:

    1. Red Bird sebagai Luke Skywalker
    2. Black Bird sebagai Obi Wan Kenobi
    3. Yellow Bird sebagai Han Solo
    4. Big Brother Bird sebagai Chewbacca


    Seperti biasa, setiap burung ini memiliki keistimewaan masing-masing dan boleh digunakan untuk menentang musuh-musuh seperti Darth Vader. Sayang sekali pengguna Windows Phone 7.5 tidak boleh memuat turun permainan ini ke dalam telefon pintar mereka kerana buat masa ini Ravio hanya memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Windows Phone 8 ke atas sahaja. Namun, ada kemungkinan pihak Microsoft dan Ravio akan bekerjasama untuk membawa masuk permainan Angry Bird ini ke platform WP7 tidak lama lagi.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain