• Antara muka Sailfish OS diperlihatkan oleh Jolla


    Jolla telah memperlihatkan antaramuka sistem operasi Sailfish kepada umum pada hari Rabu yang lepas. Untuk pengetahuan anda, Sailfish OS merupakan kemaskini kepada MeeGo yang ditinggalkan oleh pihak Nokia sebelum ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi sama ada sistem operasi ini akan boleh dikemaskini ke dalam Nokia N9.

    Berdasarkan video yang diperlihatkan, Sailfish OS kelihatan hampir menyerupai MeeGo dan BB10. Ia dilengkapi dengan sistem multi-tasking bagi memudahkan para penggunanya. Menariknya anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi Android yang sedia ada di dalam sistem operasi terbaru ini. Telefon pintar Sailfish pula bakal dilancarkan pada tahun 2013.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain