• Aplikasi Google Search iOS pengganti Siri


    Google telah mengemaskini aplikasi Google Search yang terdapat di dalam sistem operasi iOS dengan memperkenalkan sokongan suara seumpama Siri. Menariknya aplikasi Google Search ini telah diintegrasikan  bersama-sama enjin pencarian Google bagi membolehkan penggunanya mendapat informasi dengan lebih cepat dan tepat. Kemaskini aplikasi Google Search ini boleh didapati di dalam semua peranti iOS seperti iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Antara beberapa informasi yang anda boleh cari adalah seperti cuaca, arah perjalanan, gambar, dan sebagainya. Menurut beberapa pengguna yang telah mencuba aplikasi ini, mereka mengatakan ia berjuta kali ganda lebih baik daripada sistem Siri. Sekiranya anda ingin mencuba, anda boleh layari laman web mereka di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain