• Asus turunkan harga Nexus 7 di Malaysia


    Asus telah pun menurunkan harga Google Nexus 7 kepada RM899 daripada RM999 sebelum ini. Ia berikutan komen dan kritikan daripada para pengguna di Malaysia yang mengatakan Nexus 7 boleh dibeli dengan harga $249 sahaja di Amerika. Ia hampir bersamaan dengan RM760. Dengan adanya penurunan harga ini, dijangka lebih ramai pengguna akan beralih kepada Nexus 7 sebagai pilihan untuk tablet kegunaan harian. Buat pengetahuan anda, Nexus 7 menggunakan Android Jellybean terkini dan memiliki cip pemprosesan empat teras NVIDIA Tegra.

    Sayang sekali tablet ini tidak memiliki sebarang sokongan untuk kad SIM dan juga kamera di bahagian belakang dan hadapan. Namun sekiranya anda gemar membaca menggunakan tablet, ia sangat bersesuaian untuk anda kerana baterinya mampu bertahan lebih lama berbanding tabelt yang dijual di pasaran.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Asus di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain