• Cut the Rope kini di Windows Phone


    Semakin banyak aplikasi popular telah dibawa masuk ke dalam Windows Phone Marketplace sejak akhir-akhir ini. Kini giliran aplikasi permainan popular Cut the Rope pula untuk hadir ke dalam sistem operasi mobile daripada Microsoft. Tidak banyak yang berbeza versi ini berbanding versi yang terdapat di platform iOS dan Android.

    Buat masa ini anda boleh membeli aplikasi ini dengan harga $1.59 SGD di Windows Marketplace Singapura. Microsoft masih belum lagi membawa masuk Xbox Games untuk pengguna di Malaysia. Mungkin perkara ini akan berubah apabila Windows Phone 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sekiranya anda memiliki akaun Xbox Singapura dan sebuah Windows Phone, anda boleh membeli aplikasi ini di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain