• Galaxy Nexus terima kemaskini Android 4.2


    Pengguna Galaxy Nexus di seluruh dunia telah mula menerima kemasikini terbaru daripada Google berikutan berita kemunculan Nexus 4 di pasaran. Kemasikini terbaru Galaxy Nexus yang diberi nama Android 4.2, masih menggunakan nama yang sama iaitu Jelly Bean. Antara kemaskini yang dibawa bersama-sama adalah mod Photo Sphere, Gesture Typing, mod multi-pengguna, Notification Settings, Daydream, perkongsian Miracast, Google Now yang lebih baik, dan banyak lagi. Kemaskini daripada Android 4.1 ini dikatakan akan membaiki masalah-masalah kecil yang sering menimpa pengguna Android Jelly Bean sekarang. Sekiranya anda sudah menerima kemaskini Android 4.2 di dalam Galaxy Nexus anda, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda bersama-sama kami.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain