• HTC Windows Phone 8X ditemui di PC Expo Mid Valley


    Nampaknya HTC telah mendahului Nokia dalam memperkenalkan Windows Phone 8 kepada pengguna di Malaysia apabila mereka telah menunjukkan telefon pintar Windows Phone 8X di PC Expo Mid Valley baru-baru ini. Telefon pintar itu telah pun menemui peminatnya di gerai Microsoft. Menurut informasi yang diberikan, telefon ini sudah pun boleh ditempah awal dan dijangka akan mula diedarkan mulai pertengahan bulan November 2012. Harga rasmi 8X di Malaysia adalah RM1,799. Windows Phone 8X merupakan pencabar utama kepada Nokia Lumia 920 kerana memiliki spesifikasi yang hampir serupa. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz Snapdragon S4, RAM 1GB, serta memori dalaman sebanyak 16GB. Perbezaan utama antara 8X dan Lumia 920 adalah saiz bateri dan berat. Semuanya bergantung kepada minat pengguna itu sendiri.

    Sumbe gambar : Mobile88
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain