• Kemaskini WP7.8 bakal hadir dalam beberapa minggu lagi


    Jangkaan beberapa pihak tentang kemunculan kemaskini Windows Phone 7.8 ternyata meleset apabila telah muncul satu lagi khabar angin daripada pejabat Nokia di Asia Pasifik yang mengatakan kemaskini ini bakal hadir dalam masa beberapa hari ataupun minggu lagi. Yang pasti WP7.8 bakal boleh dimuat turun oleh semua pengguna Windows Phoen 7.5 sebelum awal tahun 2013.

    Fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Windows Phone 7.8 juga telah mula tersebar di mana ia bakal memiliki ciri home screen seumpama Windows Phone 8 dengan tiles yang boleh diubah dalam tiga saiz yang berlainan. Menarik sekali, anda juga boleh menggunakan fail-fail mp3 sebagai nada panggilan (ringtone). Penghantaran fail melalui Bluetooth juga akan disertakan sekali bagi memudahkan penggunanya berkongsi fail sesama rakan yang lain.

    Bukan itu sahaja, ura-ura kehadiran Windows Phone 7.9 iaitu kemaskini selepas WP7.8 juga telah mula diperkatakan semua pihak. Mungkinkah Microsoft dan Nokia sedang giat membuat kemaskini ini?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain