• LG bakal membawa masuk Nexus 4 ke Malaysia bulan Disember


    Nexus 4 telah menjadi kegilaan ramai apabila ia telah habis dijual di US dalam beberapa minit sahaja selepas ia mula dipasarkan melalui Google Play Store. Sehubungan perkara itu, LG telah giat memasarkan telefon pintar ini ke seluruh dunia dan Malaysia merupakan salah satu destinasi yang tidak akan dilupakan. Menurut informasi daripada pihak LG, Nexus 4 bakal mula dipasarkan di Malaysia menjelang hari Natal yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Untuk pengetahuan semua, Nexus 4 memiliki cip pemprosesan empat teras Snapdragon s4 Pro dengan 8 megapixel kamera di bahagian belakang dan 1.3 megapixel untuk bahagian hadapan. Ia hadir bersama dengan skrin sentuh sebesar 4.7 inci dengan teknologi paparan True HD IPS LCD. Anda tidak perlu risau kerana telefon pintar ini akan dilengkapi dengan sistem operasi Android terkini iaitu Android 4.2 (Jellybean). Android 4.2 akan mendapat beberapa fungsi tambahan seperti Photo Sphere, papan kekuncu Gesture Typing dan banyak lagi. Jika anda peminat telefon pintar yang memiliki skrin yang besar, mungkin ini adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain