• Nokia HERE - Aplikasi GPS untuk semua (iOS, Android, Windows Phone)


    Nokia sememangnya sudah terkenal dengan aplikasi GPS mereka iaitu Nokia Maps dan Nokia Drive. Malah ada sebahagian daripada pengguna yang sanggup membeli telefon pintar Nokia semata-mata untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini. Kini, Nokia telah memperluaskan lagi sokongan GPS mereka kepada semua dengan memperkenalkan HERE.

    HERE merupakan sebuah sistem GPS yang boleh digunakan oleh semua platform termasuklah Windows Phone, iOS, Android dan juga Firefox OS. Buat masa ini, anda hanya boleh menggunakannya melalui pelayar web mobile yang menggunakan HTML5. Namun anda tidak perlu risau kerana Nokia akan membuat aplikasi rasmi untuk iOS, Android dan juga Firefox OS dalam masa terdekat ini. Menariknya, HERE versi iOS juga akan dilengkapi dengan sokongan peta tanpa talian (offline maps) di samping bantuan sokongan suara untuk sistem navigasi.


    Nampaknya Nokia bersungguh-sungguh menandingi Google Map sejak akhir-akhir ini. Pengenalan peta 3D dan laporan trafik juga dilihat menjadi faktor penarik aplikasi ini di kalangan pengguna. Ini berikutan berita pembelian Earthmine, sebuah syarikat pemetaan 3D oleh Nokia baru-baru ini. Anda boleh mencuba HERE di sini.

    Sumber gambar: Engadget

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain