• Nokia Lumia turun harga


    Baru-baru ini pihak Nokia Malaysia telah membuat promosi terbaru di dalam laman web mereka dengan menurunkan lagi harga telefon pintar Lumia mereka dengan lebih rendah. Ini termasuklah Nokia Lumia 900, Lumia 800, Lumia 710 dan juga Lumia 610. Lumia 900 kini boleh dimiliki pada harga RM1,499 manakala Lumia 800 pada harga RM859 sahaja. Jika anda berminat pada spesifikasi yang lebih rendah, Lumia 710 dan 610 mungkin menjadi pilihan anda dengan harga RM659 dan RM539 setiap satu.

    Ada kemungkinan pihak Nokia Malaysia sudah mula untuk menghabiskan stok Windows Phone 7.5 mereka sementara menunggu kemunculan Lumia 920 dan Lumia 820 yang amat dinanti-nantikan semua. 

    Sumber informasi : Nokia Malaysia

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain