• Perkongsian Facebook lebih mudah di Android dan iOS


    Jika anda pengguna tegar Facebook di telefon pintar, anda sudah pasti tahu bahawa anda tidak boleh membuat perkongsian apa-apa shout melalui peranti anda. Kini dengan kemaskini terbaru untuk aplikasi Facebook di dalam Android dan iOS, anda sudah boleh melakukan aktiviti ini dengan mudah. Fungsi yang sememangnya sudah ada pada Facebook versi desktop, telah dibawa masuk ke dalam Facebook versi mobile. Kedudukan butang share ini juga telah diletakkan di posisi yang sama bagi memudahkan anda berkongsikan benda yang menarik. Tiada sebarang berita sama ada fungsi yang sama akan dibawa masuk ke dalam Windows Phone dan juga Blackberry OS. Nampaknya selepas ini kita bakal melihat lebih ramai yang akan membuat perkongsian melalui telefon pintar mereka.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain