• Samsung Galaxy Camera boleh dimiliki dengan harga RM1,899


    Peranti kamera Android pertama sudah pun menemui pengguna di Malaysia apabila Samsung telah membawa masuk Galaxy Camera. Ia boleh didapati dengan harga RM1,899 setiap satu dan terdapat dalam dua warna yang berlainan iaitu hitam dan putih. Buat pengetahuan anda, Samsung Galaxy Camera menggunakan cip pemprosesan yang hampir sama dengan Galaxy S3 iaitu cip empat teras 1.4GHz. Ia juga menggunakan versi Android terkini iaitu Jelly Bean (4.1).

    Saiz megapixelnya sudah pasti mengujakan peminat kamera kerana ia menggunakan 16.3 megapixel di samping sensor 1/2.3 BSI. Jika itu tidak mencukupi, anda boleh memfokus kamera ini sebanyak 21 kali dengan optical zoom dan penstabilan gambar. Apa yang menjadikan kamera pintar ini amat menarik adalah ia mampu membolehkan anda menggunakan Internet melalui WiFi mahupun microSIM. Malah anda boleh mengakses Google Play secara terus untuk memuat turun aplikasi terkini. Ini bermakna anda boleh berkongsi gambar anda secara terus ke Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

    Sayang sekali anda tidak boleh membuat panggilan dan menghantar sms menggunakan peranti ini. Mungkin reka bentuknya tidak sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti sebegitu.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain