• Skype dan Windows (MSN) Messenger digabungkan


    Pihak Microsoft mungkin akan menggabungkan aplikasi chatting, Windows (MSN) Messenger bersama-sama Skype tidak lama lagi. Ini bakal terjadi kerana mereka telah membeli Skype pada tahun lepas dan sibuk mempromosikan aplikasi itu di kalangan para pengguna Windows 8 dan Windows Phone 8. Mengikut statistik daripada penganalisis bebas, pada tahun 2011, Windows Messenger merupakan aplikasi chatting paling popular di dunia dan diikuti dengan Skype. Jika kedua-dua aplikasi ini disatukan, sudah pasti ia akan menguntungkan banyak pihak.

    Tiada sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa senarai kenalan daripada Windows Messenger akan diasimilasikan bersama-sama Skype, namun kita boleh menjangkakan perkara ini mungkin berlaku. Adakah anda gembira dengan berita ini?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain