• Aplikasi di dalam Windows Phone Marketplace bertambah 75,000

    Sepanjang tahun 2012, Microsoft telah berjaya membawa masuk lebih daripada 75,000 buah aplikasi ke dalam Windows Phone Marketplace. Walaupun angka ini tidaklah sebesar bilangan aplikasi yang terdapat di dalam App Store mahupun Google Play, namun peningkatan yang ditunjukkan oleh WP Marketplace amat memberangsangkan kerana mereka berjaya menambah bilangan aplikasi sebanyak dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Pada majlis pelancaran Windows Phone 8 yang lepas, Microsoft pernah mengumumkan bahawa bilangan aplikasi di dalam WP Marketplace sudah pun mencecah 120,000. Namun kali ini Microsoft tidak mengemaskini bilangan sebenar aplikasi mereka untuk pengetahuan umum.

    Antara fakta yang menarik adalah purata bilangan muat turun aplikasi bagi setiap pengguna Windows Phone adalah sebanyak 54 buah aplikasi, iaitu separuh daripada bilangan aplikasi yang akan dimuat turun oleh pengguna iOS. Pendapatan pembangun aplikasi juga semakin bertambah sebanyak 40 peratus pada bulan lepas sehubungan dengan pelancaran Windows Phone 8 secara rasmi.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain