• Aplikasi Samsung ChatON di dalam iPhone dan Windows Phone 7

    Bagi pengguna telefon pintar dan tablet Samsung di luar sana, anda sudah pasti biasa mendengar aplikasi ChatON yang telah dibawakan bersama di dalam setiap peranti mereka. Namun ramai yang tidak tahu bahawa aplikasi ini turut boleh digunakan di dalam peranti lain seperti iPhone, iPad, Windows Phone dan juga Blackberry. Ini merupakan salah satu daripada langkah utama daripada Samsung demi bersaing dengan aplikasi penghantaran mesej percuma di luar sana seperti Whatsapp, Line dan juga Viber. Jelas sekali apa yang membuatkan ChatON berbeza dengan aplikasi yang popular itu adalah ia turut menyokong penghantaran mesej melalui pelayar Internet. Anda boleh menghantar mesej kepada rakan-rakan anda melalui komputer anda sendiri. Buat masa ini, Samsung telah membuat had perkongsian sebanyak 5 peranti bagi setiap akaun yang dibina. Setiap peranti yang telah dikongsi akan menyimpan mesej yang sama bagi memudahkan anda membaca mesej-mesej terdahulu.

    Terdapat juga beberapa fungsi tambahan yang diperkenalkan di dalam ChatON seperti penghantaran gambar-gambar secara serentak, penukaran gaya tulisan, serta sokongan penghantarn animasi kepada rakan-rakan anda. Bagi versi tablet, anda didatangkan dengan fungsi tekan untuk bercakap (push to talk). Menurut Samsung, aplikasi ChatON sudah pun boleh didapati di 200 buah negara di seluruh dunia di samping menyokong lebih daripada 60 bahasa.

    Muat turun aplikasi Chat On untuk Android

    Muat turun aplikasi Chat On untuk iOS

    Muat turun aplikasi Chat On untuk Blackberry

    Muat turun aplikasi Chat On untuk Windows Phone

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain