• Apple cuba dapatkan hak milik pengecasan tanpa wayar


    Apple mungkin akan cuba memperoleh hak milik untuk sistem pengecasan tanpa wayar tidak lama lagi. Mereka berpendapat bahawa sistem pengecasan ini telah direka oleh mereka. Ini sememangnya mengejutkan kerana ramai yang sudah sedia maklum bahawa Nokia dan Samsung merupakan syarikat yang pertama kali memperkenalkan sistem ini secara meluas. Apple mengatakan mereka telah memfailkan tuntutan hak milik ini sejak November 2010 lagi.

    Kita tidak dapat memastikan sejauh mana Apple akan cuba mendapatkan hak milik untuk teknologi ini, namun yang pasti sistem pengecasan tanpa wayar ini sudah pasti akan menjadi popular di kalangan pengguna tidak lama lagi. Malah mungkin setiap kedai bakal menyediakan kemudahan pengecasan tanpa wayar tidak lama lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain