• Apple TV generasi baru bakal menyokong Bluetooth

    Apple TV
    Apple bakal memperkenalkan fungsi Bluetooth pada Apple TV generasi terbaru mereka pada masa akan datang. Ini sehubungan dengan permintaan yang tinggi daripada para peminat Apple TV di luar sana. Dengan adanya sokongan Bluetooth, anda bakal boleh menggunakan papan kekunci serta tetikus pada Apple TV anda sebagai input. Buat masa sekarang, anda hanya boleh menggunakan alat kawalan jauh seumpama TV untuk mengawal Apple TV di rumah ada.
     
    Sekiranya Apple berminat untuk menyediakan sokongan Bluetooth, ia sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada semua kerana ia bukan sahaja boleh disambungkan dengan papan kekunci, malah anda boleh menyambungkannya pada alat kawalan permainan seumpama PS3 pada Apple TV di rumah. Jika ini menjadi kenyataan, Apple mungkin akan cuba membawa masuk aplikasi permainan yang terdapat di dalam sistem iOS ke dalam Apple TV. Mungkin ia tidak akan menjadi sehebat Play Station 3 mahupun Xbox, namun ia amat sesuai buat mereka yang ingin permainan yang mudah di TV.
     
    Bukan itu sahaja, Siri juga bakal diperkenalkan untuk Apple TV sekaligus menghasilkan rumah digital yang sesuai dengan visi Steve Jobs iaitu menghasilkan suatu ekosistem yang meluas dari peranti mudah alih kepada peranti di rumah.
     
     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain