• Bluestacks versi Beta kini boleh dimuat turun di dalam Mac

    Jika anda pengguna Mac, anda kini boleh memuat turun aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Google Play (Android) dengan mudah kerana Bluestacks versi Beta sudah boleh digunakan di dalam sistem operasi Mac OS X. Dengan adanya Bluestacks, pengguna Mac di luar sana kini mempunyai lebih banyak pilihan aplikasi untuk dimuat turun. Malah bilangan aplikasi yang terdapat di dalam Google Play sudah pun menjangkaui angka 750,000. Ini sangat berbeza daripada versi Alpha kerana pada masa itu anda hanya boleh menggunakan 15 aplikasi Android yang terpilih sahaja di dalam Mac.

    Bluestacks mengguna sistem mesin maya (virtual machine) seumpama aplikasi VMWare yang terdapat di dalam Windows bagi membolehkan platform Android digunakan di dalam Mac. Walaupun Bluestacks masih lagi menggunakan reka bentuk aplikasi mudah alih Android di dalam Mac, namun ia pastinya amat berguna kepada pengguna kerana terdapat beberapa aplikasi seperti Instagram yang tidak direka untuk pengguna Mac dan Windows, kini boleh digunakan dengan bantuan Bluestacks.

    Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi BlueStacks untuk Mac OS X di pautan ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain