• Dropbox mengambil alih Snapjoy

    Dropbox sedang giat memperbesarkan aplikasi mereka dengan membeli beberapa laman dan aplikasi popular sejak akhir-akhir ini. Pada hari Khamis yang lalu mereka telah membeli AudioGalaxy, sebuah syarikat media streaming. Kali ini Dropbox sekali telah melakukan perkara yang sama ke atas Snapjoy. Buat mereka yang tidak mengenali Snapjoy, ia merupakan sebuah laman dan aplikasi perkongsian gambar seumpama Instagram dan Flickr. Pengguna boleh memilih sama ada untuk mengongsi gambar-gambar mereka secara peribadi atau kepada laman-laman sosial media yang lain.

    Dengan pengambil alihan Snapjoy, ada kemungkinan Dropbox akan berkembang dengan lebih besar daripada sebuah laman penyimpanan storan awan (cloud storage). Pihak Snapjoy juga turut mengumumkan pendaftaran baru untuk laman itu sudah pun ditutup namun pengguna sedia ada masih boleh menikmati servis yang mereka sediakan seperti biasa.

    Agak sukar untuk kita membuat andaian apakah yang bakal terjadi kepada Dropbox tidak lama lagi kerana kebanyakkan laman dan aplikadi yang telah diambil alih merupakan sebuah laman media. Mungkinkah Dropbox bakal berkembang menjadi laman perkongsian data dengan fungsi paparan awal (preview) tidak lama lagi?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain