• Flickr Pro kini percuma untuk 3 bulan pertama

    Flickr merupakan antara laman perkongsian gambar paling lama bertahan di Internet. Ia tidaklah sepopular Instagram namun mereka yang menggunakan DSLR, amat gemar memuat naik gambar-gambar mereka di dalam Flickr. Berikutan isu pertukaran polisi Instagram yang mendapat kritikan hebat daripada pengguna, ramai yang telah beralih kepada Flickr sebagai alternatif. Menariknya Flickr kini menggunakan slogan "At Flickr, your photos are always yours".

    Terdapat banyak benda baru yang diperlihatkan oleh Flickr sejak akhir-akhir ini termasuklah membuat kemaskini yang lebih menarik ke atas aplikasi mereka di dalam iPhone. Ramai yang beranggapan Flickr merupakan calon terdekat yang boleh menggantikan Instagram. Terkini, Flickr sekali lagi membuat suatu promosi bagi menarik peminat pengguna lama dan baru. Bermula pada hari ini, semua pengguna Flickr boleh merasai akaun Flickr Pro secara percuma selama 3 bulan. Ini bermakna anda akan memiliki ruang storan gambar yang tiada had di Flickr (Had 50MB bagi setiap gambar) serta memuat turun gambar dalam bentuk kualiti tinggi. Malah aplikasi Flickr juga akan dibuang iklan sekiranya anda menggunakan Flickr Pro.

    Buat masa ini, Flickr boleh digunakan di dalam tiga sistem operasi mobile iaitu iOS, Android dan juga Windows Phone. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi Flickr ini di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain