• Flipboard untuk tablet Android

    Jika anda peminat setia aplikasi Flipboard untuk tablet dan sering cemburu dengan kawan-kawan anda yang menggunakannya di dalam iPad, anda tidak perlu risau lagi kerana Flipboard kini boleh dimuat turun ke dalam tablet Android. Menariknya reka bentuk Flipboard untuk Android ini turut dioptimasikan untuk pembacaan di dalam tablet. Ini bermakna anda akan mendapat pengalaman yang sama seperti pengguna iPad apabila anda menggunakannya di dalam tablet Android. Buat pengetahuan semua Flipboard versi Android sudah diperkenalkan pada bulan Jun yang lalu tetapi ia dikhaskan buat pengguna telefon pintar sahaja.

    Flipboard versi terbaru ini menyokong skrin yang bersaiz 7 inci hingga ke 10 inci, bermakna anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menggunakannya di dalam Samsung Galaxy Tab 10.1 ataupun Samsung Galaxy Tab 7.0. Bagi yang menggunakan skrin bersai 7 inci, anda juga boleh memilih sama ada untuk melihat paparan Flipboard dalam versi telefon pintar atau pun tablet. Ini sudah semestinya memberikan pilihan yang berguna mengikut citarasa pembaca itu sendiri.

    Ada juga yang berpendapat dengan kemunculan Flipboard di dalam tablet Android akan mengurangkan minat pengguna untuk memiliki sebuah iPad ataupun iPad Mini. Yang pasti situasi ini sememangnya amat menguntungkan para pengguna kerana anda kini diberi pilihan yang lebih banyak ketika memilih sebuah tablet untuk kegunaan seharian.

    Muat turun aplikasi Flipboard untuk Android di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain