• Gambar BlackBerry X10 dan Z10 muncul di Internet

    RIM bakal mengadakan majlis pelancaran khas telefon pintar mereka pada 30 Januari 2013 ini. Terdapat beberapa khabar mengatakan RIM akan memperkenalkan peranti BB10 pada majlis yang sama. Menariknya, sebuah gambar yang menunjukkan BlackBerry X10 dan BlackBerry Z10 telah muncul di Internet. Menurut laman web Mobile Syrup, telefon pintar yang hanya mempunyai skrin sentuh merupakan BlackBerry Z10 manakala BlackBerry X10 bakal didatangkan dalam dua warna yang berbeza iaitu hitam dan putih. X10 juga akan memiliki papan kekunci QWERTY yang sebenar. Ini sudah semestinya bakal menarik perhatian mereka yang suka menghantar mesej. Informasi seperti spesifikasi masih belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Jika gambar di atas adalah benar, mungkinkah Apple akan mengambil langkah untuk menyaman RIM kerana BlackBerry Z10 hampir menyerupai rekaan sebuah iPhone?

    Sumber informasi : Mobile Syrup

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain