• Gangnam Style mencecah tontonan 1 billion

    Video musik nyanyian artis korea, Psy telah menjadi video pertama di Youtube yang mencecah angka tontonan sebanyak 1 billion pada malam tadi. Video musik yang dimuat naik pada 15 Julai tahun ini telah menjadi fenomena di seluruh dunia dan menjadi ikutan ramai termasuk para artis di Hollywood. Malah terdapat banyak video parody berkaitan Gangnam Style yang telah dimuat naik ke dalam Youtube.

    Peningkatan kadar tontonan video musik Psy ini sememangnya amat memeranjatkan kerana ia meningkat secara mendadak dan menjadi video paling popular hanya dalam masa kurang daripada setahun. Ia lebih baik daripada video musik Justin Bieber, Baby yang popular satu ketika dahulu.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain