• Google TV daripada LG

    Nampaknya tidak lama lagi kita akan melihat lebih banyak televisyen di rumah yang menggunakan Android tidak lama lagi. Selepas Samsung memperkenalkan teknologi Smart TV mereka dengan aplikasi Google Play, kini giliran LG pula menunjukkan apa yang bakal hadir buat para pengguna pada tahun 2013. LG telah bekerjasama dengan Google untuk menjadikan Google TV satu realiti. Mereka telah membuat rekaan semula ke atas Smart TV mereka bagi meningkatkan pengalaman pengguna ketika menonton TV di rumah. Dengan pilihan skrin dari 47 inci hingga ke 55 inci, anda pasti mengagumi rekaan TV daripada LG ini kerana tidak terdapat sebarang ruang kosong di bahagian sisinya. Ini bermakna anda dapat menonton yang bersaiz 55 inci dengan sepenuhnya. LG dijangka bakal memperkenalkan televisyen mereka dengan sokongan Google TV 3.0, semasa CES 2013 yang bakal berlangsung awal tahun hadapan.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain