• Huawei bakal lancarkan Ascend D2

    Awal tahun 2013 bakal memperlihatkan persaingan hebat daripada pengeluar telefon pintar di seluruh dunia. Menariknya terdapat juga beberapa nama syarikat yang baru dan lama yang akan terlibat sama dalam persaingan yang sihat ini. Huawei merupakan sebuah syarikat telekomunikasi daripada China yang bakal memperkenalkan Huawei Ascend D2 tidak lama lagi. Telefon pintar ini merupakan pengganti kepada Ascend D1 sebelum ini.

    Apa yang menjadi telefon pintar Huawei ini menarik adalah reka bentuknya yang memiliki ciri-ciri iPhone 5, Samsung Galaxy S3 dan juga HTC One X. Malah ada juga yang menggelarkan ia sebagai "iPhone Galaxy X" kerana ciri-cirinya. Seperti biasa ia menggunakan sistem operasi Android terkini iaitu Jelly Bean. Ascend D2 bakal menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.5 GHz bersama-sama 2GB RAM. Dengan skrin sebesar 5 inci, anda pasti akan puas kerana ia memiliki bateri 3,000 mAh, menjadikan ia mampu bertahan dengan lebih lama. Tambahan pula kamera bersaiz 13 megapixel sudah cukup mengiurkan para peminat Instagram. Binaan telefon pintar ini masih belum diketahui namun ia dikatakan bakal menggunakan bahan asas plastik yang hampir menyerupai Samsung Galaxy S3.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain