• Kemaskini - Instagram berhak menjual gambar anda

    Instagram hari ini telah mengatakan mereka mempunyai hak yang kekal untuk menjual gambar-gambar pengguna di Instagram tanpa sebarang bayaran atau notifikasi ke atas pemilik gambar berkenaan. Polisi terbaru daripada Instagram ini bakal berkuatkuasa bermula 16 Januari 2013. Ini bermakna sekiranya anda tidak menutup akaun Instagram anda sebelum tarikh Januari 2013 berkenaan, gambar-gambar anda boleh dijual oleh Instagram kepada penjual tanpa sebarang bayaran kepada pemilik sebenar.

    Sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan polisi yang bakal diperkenalkan oleh Instagram ini. Ada yang mengatakan Instagram bakal bertukar menjadi iStockPhoto yang terbaru, yang merugikan para pemilik sebenar. Bayangkan terdapat banyak gambar yang dimuat naik ke dalam Instagram setiap hari, dan ini membolehkan Instagram memperoleh keuntangan yang banyak secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa kepada pemilik gambar.

    Oleh itu sekiranya anda tidak ingin membenarkan gambar-gambar anda dijual tanpa sebarang royalti, anda disarankan untuk menutup akaun Instagram anda seawal mungkin sebelum polisi ini dilaksanakan secara sepenuhnya.

    Sumber informasi : CNet

    Kemaskini terkini : Instagram telah memohon maaf kepada semua pihak atas penggunaan ayat yang salah di dalam polisi terbaru mereka. Ketua eksekutif Instagram, Kevin Systrom telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka melalui laman blog. Beliau juga menegaskan bahawa Instagram tidak akan menjual gambar-gambar pengguna mereka secara percuma dan tanpa keizinan pemiliknya. Berita ini sudah pastinya akan menarik nafas lega kepada mereka yang tegar ber-Instagram.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain