• Installous untuk iOS dimatikan

    Bagi mereka yang sudah biasa dengan penggunaan Jailbreak untuk iOS, anda pasti amat mengenali Installous, sebuah aplikasi yang dibuat oleh Hackulous. Installous merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna iOS memuat turun aplikasi-aplikasi berbayar yang terdapat di dalam iOS secara percuma. Terkini, pihak Hackulous telah mengumumkan penutupan laman itu secara rasmi di laman web mereka. Menurut mereka, penutupan Installous dan Hackulous adalah disebabkan oleh masalah pengurusan dan penjagaan untuk semua aplikasi percuma yang mereka tawarkan. Mereka juga amat bersedih kerana terpaksa mematikan Installous walaupun mendapat sokongan daripada kakitangan mereka.

    Dengan kematian Installous, anda tidak lagi boleh memuat turun aplikasi berbayar di iOS secara percuma. Ramai peminat Installous bersedih dengan pemergian aplikasi ini dan menyampaikan mesej mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Namun perlu diingatkan anda masih lagi boleh menggunakan fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam Cydia. Dijangkakan akan ada pihak yang akan bangkit untuk memperkenalkan aplikasi seumpama Installous tidak lama lagi atas permintaan yang tinggi daripada pengguna.

    Sumber informasi : Hackulous

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain