• iPad generasi kelima bakal muncul bulan Mac 2013

    Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Apple bakal memperkenalkan iPad generasi kelima pada bulan Mac 2013 ini. Perkara ini agak mengejutkan kerana iPad generasi keempat baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas. iPad terbaru itu bakal menjadi menjadi lebih nipis dan ringan daripada iPad yang sedia ada di samping skrinnya dikecilkan kepada 9.7 inci sahaja. Reka bentuknya juga bakal menyerupai rekaan iPad Mini pada masa sekarang. Apple nampaknya perlu bersaing dengan lebih pantas di dunia teknologi kerana pesaing-pesaing mereka seperti Samsung tidak henti-henti mengeluarkan produk terbaru untuk menarik perhatian pengguna Apple yang sedia.

    Bukan itu sahaja, Apple juga dikatakan sedang sibuk membina iPad Mini generasi kedua dengan paparan retina bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada iPad Mini generasi pertama. Jika perkara ini benar, ini bermakna kita bakal melihat iPad Mini yang menggunakan resolusi 2048x1536. Sudah pasti gambar yang dihasilkan menjadi lebih tajam dan jelas. Adakah anda menyesak membeli iPad Mini dan iPad generasi keempat setelah mengetahui berita ini?

    Sumber informasi : Macotakara

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain