• iPad Mini kini boleh didapati dengan harga RM999


    Nampaknya bulan ini sungguh meriah dengan kedatangan gajet-gajet terbaru di Malaysia. Hari ini, anda sudah boleh memiliki iPad Mini dan iPad generasi keempat di kedai-kedai Apple Store yang berhampiran. iPad Mini dijual pada harga serendah RM999 sahaja manakala iPad generasi keempat dengan teknologi paparan Retina boleh dimiliki pada harga RM1,499. Sudah pasti harga-harga akan mengujakan ramai pengguna di luar sana.


    Jika dilihat dengan lebih teliti iPad Mini kelihatan lebih murah berbanding iPod Touch generasi kelima. Berkemungkinan besar ia bagi menarik lebih banyak pengguna untuk beralih kepada iPad Mini. Gajet ini menggunakan cip pemprosesan dwi teras A5. Ia juga menggunakan port lightning terkini daripada Apple sama seperti yang terdapat pada iPhone 5. Menarik sekali ia memiliki kamera 5 megapixel di bahagian belakang dan 1.3 megapixel kamera di bahagian hadapan. Dengan skrin sebesar 7.9 inci, ia sudah pasti akan memuaskan hati anda untuk menonton video mahupun membaca surat khabar secara maya.

    Anda boleh juga membeli iPad Mini secara online di laman web Apple Store. Namun, penghantaran hanya boleh dibuat selepas 2 minggu daripada tarikh ia dibeli.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain