• iPhone 5 akan dijual di Malaysia bulan ini


    Kedatangan iPhone 5 ke Malaysia secara rasmi sudah menjadi perbualan ramai sejak ia mula diperkenalkan beberapa bulan lalu di Amerika dan Singapura. Ramai yang tertanya-tanya bilakah iPhone generasi terbaru ini bakal tiba ke negara kita. Ramalan terbaru mengatakan telefon pintar kegemaran ramai ini bakal hadir pada pertengahan bulan Disember ini bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba pada penghujung tahun.

    Khabar angin ini boleh dikatakan antara yang paling boleh dipercayai kerana terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang dikatakan akan mula memperkenalkan pelan iPhone 5 mereka tidak lama lagi. Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat sama adalah Maxis, Celcom dan juga DiGi.

    Terdapat beberapa pihak juga yang mengeluh kerana berita kedatangan iPhone 5 sudah pun basi di Malaysia dan ramai yang telah beralih kepada Samsung kerana tidak berpuas hati dengan kemaskini yang dibuat oleh Apple. Mungkinkah jualan iPhone bakal menurun di Malaysia kali ini?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain