• iPhone 5 peranti terbaik 2012 - Time Magazine

    Majalah Time Magazine telah mengeluarkan senarai peranti terbaik untuk tahun 2012 baru-baru ini. iPhone 5 telah mendahului senarai itu dengan memegang takhta nombor satu bagi kategori peranti terbaik. Telefon pintar yang panjang daripada Apple ini telah menjadi kegilaan ramai sejak ia dikeluarkan. Kemungkinan kualiti binaannya yang eksklusif beserta ciri-ciri tamabahan seperti gambar panorama telah menarik perhatian ramai pengguna.

    Apa yang mengejutkan adalah, pesaingnya iaitu Samsung Galaxy S3, tidak disenaraikan. Hanya Samsung Galaxy Note 2 sahaja yang berada di dalamnya pada kedudukan kelapan.

    Berikut merupakan senarai yang telah dikeluarkan oleh Time Magazine:

    1. Apple iPhone 5
    2. Nintendo Wii U
    3. Sony Cyber-Shot RX100
    4. Raspberry Pi Model B
    5. Lytro Light-Field Camera
    6. Apple 15″ MacBook Pro with Retina Display
    7. Microsoft Surface with Windows RT
    8. Samsung Galaxy Note 2
    9. Nest Learning Thermostat
    10. Simple.TV
     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain