• Jakarta - Bandar Twitter teraktif di dunia

    Menurut laman Semiocast, Jakarta merupakan bandar yang mempunyai bilangan pengguna Twitter teraktif di dunia. Ibu negara Indonesia ini telah berjaya mengalahkan bandaraya metropolitan popular seperti New York, Tokyo dan juga London. New York menduduki tempat kedua, Tokyo ketiga dan London keempat. Tempat kelima jatuh kepada Sao Paulo. Menariknya bandaraya Bandung di Indonesia berada di tangga keenam mengalahkan Paris dan juga Los Angeles. Perkara ini sememangnya agak mengejutkan namun bilangan penduduk sememangnya memainkan foktor kerana Bandung memiliki 2.4 juta penduduk manakala Jakarta melebihi sebanyak 10 juta. Bandar di China tidak termasuk dalam kategori ini kerana China telah melarang pengguna Twitter sejak dari dahulu lagi.

     
    Bagi kategori negara yang mempunyai bilangan akaun Twitter terbanyak, ia telah jatuh kepada Amerika Syarikat. Diikuti oleh Brazil, Jepun dan United Kingdom. Indonesia pula telah menduduki tangga kelima. Sayang sekali Malaysia tidak terdapat di dalam senarai-senarai ini walaupun perkembangan Twitter di negara kita semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Siapa tahu Malaysia berkemungkinan akan memasuki senarai ini pada tahun hadapan. Laporan ini dibuat berdasarkan data yang diambil pada bulan Jun 2012.



     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain