• Kemaskini iOS 6.0.2 untuk iPhone 5 dan iPad Mini

    Apple telah mengeluarkan kemaskini terkini untuk pengguna iPhone 5 dan iPad Mini iaitu iOS 6.0.2 bermula pada hari ini. Tidak banyak yang telah dikemaskini bagi versi ini melainkan pada fungsi WiFi. Sebelum ini, pengguna sering menghadapi masalah apabila sambungan WiFi mereka sering terputus secara tiba-tiba. Walaupun Apple telah mendakwa masalah ini telah diperbaiki pada iOS 6.0.1, namun masih terdapat lagi pengguna yang membuat aduan tentang masalah itu berulang kembali. Oleh kerana itulah, kemaskini iOS 6.0.2 telah dikhaskan untuk memperbaiki masalah ini. Sekiranya anda memiliki iPhone 5 ataupun iPad Mini, anda boleh menaik taraf secara terus melalui Software Update di dalam peranti anda. Anda juga boleh mengemaskini dengan menggunakan sambungan kabel kepada komputer melalui aplikasi iTunes.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain