• Laporan Langsung - Majlis pelancaran iPhone 5 Maxis


    Drexar21 telah dijemput sebagai salah satu media pada majlis sidang media pelancaran iPhone 5 bersama Maxis pada 13 Disember 2012 bertempat di Capital Square, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bersempena dengan pelancaran iPhone 5 secara rasminya di Malaysia berserta dengan plan pasca bayar iValue yang diperkenalkan oleh Maxis untuk para pengguna mereka di luar sana. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kelihatan ramai yang telah mula beratur untuk mendapatkan iPhone 5 pada 14 Disember. Ada yang sanggup beratur seawal 10 pagi 13 Disember demi menjadi pemegang iPhone 5 yang pertama daripada Maxis. 

    Majlis sidang media telah diadakan pada jam 8.45 malam dengan ucapan alu-aluan daripada Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis Berhad. Sejurus selepas itu, T. Kugan, Ketua Bahagian Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan telah memperkenalkan pelan-pelan iValue secara rasmi di samping beberapa aplikasi tambahan yang sedia dimuat turun untuk semua pengguna Maxis.


    Setiap pelanggan iValue Maxis akan menikmati ciri-ciri nilai tambah seperti:

    1. Visual Voicemail - satu fungsi aplikasi yang menolak peti suara kepada peranti pengguna Maxis, membolehkan mereka mendengar pesanan tanpa perlu mendail ke perkhidmatan peti suara.
    2. Aplikasi Trafik Maxis - aplikasi WebApp HTML5 penuh Maxis yang pertama yang menyediakan pengguna suapan video secara langsung keadaan trafik semasa di kawasan-kawasan tertentu. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada para pengguna untuk tempoh percubaan percuma selama 30 hari.
    3. Ruang simpan awam Loker percuma sebanyak 10GB - membantu pengguna menyimpan data sandaran, fail video dan gambar. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk semua pelanggan iOS.

    Sidang media yang hadir bersama
    Berikut merupakan pelan-pelan iValue daripada Maxis yang disajikan buat semua:



    Terdapat banyak variati yang disediakan kepada para pengguna di luar sana bergantung kepada kesesuaian anda ini termasuklah pilihan pelan kontrak selama 12 bulan mahupun 24 bulan. Anda juga boleh memiliki iPhone 5 pada harga RM2,079 dengan bayaran bulanan komitmen sebanyak RM50 sahaja.

    Berbalik kepada majlis pelancaran iPhone 5 di Capital Square, barisan yang dibuat oleh para pengguna amatlah panjang. Anda boleh lihat sendiri video di bawah. Ada yang sudah kepenatan sehingga ada yang duduk bersila di lantai sahaja sementara menantikan giliran mereka.


    Sambil menantikan giliran untuk mendapat iPhone, mereka juga dihiburkan dengan persembahan dan telatah daripada penyampai radio Era dan Hitz. Kelihatan Zahid dan Adi Fashla menyanyikan semula lagu Big Bang, Monster kepada versi iPhone 5. Lirik asal lagu itu telah diubah kepada bahasa Melayu bersesuaian dengan majlis pelancaran telefon pintar kegemaran ramai ini. Boleh dikatakan majlis pelancaran iPhone 5 Maxis sangat meriah dan padat dengan aktiviti-aktiviti yang menceriakan. Pujian harus diberikan kerana ini sedikit sebanyak dapat menghiburkan mereka yang telah lama berbaris demi mendapatkan iPhone terkini.

    Zahid dan Adi menghiburkan mereka yang berbaris di dalam khemah Maxis
    Antara krew Maxis yang sibuk mempromosikan iPhone 5
    Kiraan masa sebelum iPhone 5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
    Selain daripada itu, sekiranya anda ingin menjual semula telefon pintar anda untuk beralih kepada iPhone 5, terdapat beberapa kaunter trade-in yang disediakan bagi yang berminat. Harga pembelian balik ini bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda tawarkan serta kondisi ia ketika itu. Maxis juga da menyediakan beberapa buah iPhone 5 sebagai paparan buat mereka yang ingin merasai kestabilan telefon pintar terbaru daripada Apple. Anda boleh merasakan sendiri iPhone 5 dengan lebih dekat termasuk melihat penyambung terbaru iPhone yang diberi nama Lightning. Buat mereka yang tidak tahu, iPhone 5 boleh di dapati dalam tiga jenis storan yang berlainan iaitu 16 GB, 32 GB dan juga 64 GB. Malah anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan warna putih ataupun hitam. Harga iPhone 5 di pasaran bermula pada RM2,199 dan boleh mencecah setinggi RM2,799.

    Inilah dia iPhone 5 yang dinanti-nantikan ramai
    Kaunter Trade-In yang disediakan buat mereka yang berminat
    Pada masa yang sama, Drexar21 telah memenangi cabutan bertuah daripada Maxis ketika majlis ini berlangsung. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maxis Berhad kerana sudi menjemput kami hadir ke majlis sesi bersama media dan menghadiahkan sebuah iPhone 5 16GB berwarna hitam. 

    Penulis blog Drexar21, Amal Jamil bersama-sama iPhone 5 beliau
    Nantikan entri Drexar21 seterusnya di mana kami akan membuat beberapa ulasan serta sesi nyah kotak untuk iPhone 5 yang baru dimenangi. Terima kasih juga tidak terhingga buat rakan-rakan blogger yang turut memeriahkan majlis pada malam itu.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain