• Lumia 920 dan 820 bakal diperkenalkan oleh DiGi


    Ketika semua syarikat sedang sibuk menantikan kedatangan iPhone 5 pada minggu hadapan, DiGi telah membuat kejutan apabila laman web mereka telah menunjukkan gambar Nokia Lumia 920 dan 820 di muka hadapan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua telefon pintar Windows Phone 8 ini bakal hadir di Malaysia dalam masa terdekat ini. Walaupun Lumia 920 dan 820 sudah diperkenalkan sejak 3 bulan yang lalu, namun ia seakan-akan menghadapi beberapa masalah untuk dipasarkan ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

    Menurut informasi daripada laman blog Lowyat, Lumia 920 mungkin akan dijual pada harga RM1,999 manakala Lumia 820 akan dijual pada harga serendah RM1,599 sahaja. Malah negara jiran kita, Singapura akan mula menjual kedua-dua telefon pintar ini bermula pada Sabtu ini.

    Nampaknya pengguna di luar sana perlu membuat pertimbangan dengan sewajarnya sama ada untuk memiliki Lumia 920 ataupun iPhone 5. Setiap satu telefon pintar ini memiliki kelebihan masing-masing bergantung kepada pengguna itu sendiri. 

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain