• One Pound Fish - Pencabar video Gangnam Style di Youtube

    Video Gangnam Style sememangnya amat popular sehingga berjaya membuat rekod baru untuk bilangan tontonan video yang paling banyak sehingga mencecah 1 billion. Bukan itu sahaja, Gangnam Style telah pun mengalahkan muzik video Justin Bieber, Baby dalam masa yang amat singkat. Sedang kita kagum melihat pencapaian video ini, sebuah lagi video telah muncul di Youtube dan mula mendapat perhatian daripada para penonton di seluruh dunia. Video yang dimaksudkan adalah daripada seorang warga Pakistan bernama Muhammad Shahid Nazir. Video berjudul, One Pound Fish, ini kian mendapat tempat di kalangan penonton Youtube terutamanya di United Kingdom.

    Pada asalnya Shahid mencipta lagu One Pound Fish ini untuk menarik perhatian pelanggannya di pasar ketika beliau sedang menjual ikan. Oleh kerana rentaknya yang mudah diingati, ramai pengunjung pasar telah merakamkan aksi beliau melalui telefon pintar dan memuat naik ke dalam Youtube. Ada yang sanggup ke gerai ikan beliau semata-mata untuk bergambar kenangan. Fenomena One Pound Fish ini kian meningkat apabila ada pihak yang sudi menghasilkan video klip rasmi untuk lagu ini untuk dikongsikan bersama peminatnya di seluruh dunia. Buat masa ini, terdapat sebanyak 9 juta tontonan sejak ia dimuat naik ke dalam Youtube pada 10 Disember yang lalu. Memang beliau masih jauh jika ingin dibandingkan dengan Justin Bieber mahupun PSY, namun namanya semakin meningkat dari ke hari sehingga pernah muncul di dalam rancangan X Factor UK dan BBC UK. Lagu One Pound Fish ini juga amat popular sehingga berjaya menduduki carta iTunes di UK.

    Kejayaan Shahid juga telah diraikan oleh penduduk Pakistan sendiri dan beliau telah dijulang apabila mendarat di lapangan terbang Pakistan. Rakyat Pakistan telah menggelarkannya sebagai seorang hero kerana berjaya membuka mata dunia dengan video dan nyanyiannya. Mungkinkah lagu One Pound Fish bakal menjadi siulan terbaru buat pengguna di Internet?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain